Kuda Hitam Badminton Club (KHBC), antara salah satu kelab badminton di Malaysia yang telah ditubuhkan pada Januari 2012, berpusat di Shah Alam dan Subang Jaya dan sehingga kini, kami telah berkembang menjadi sebuah kelab badminton yang lebih besar.
Kami mempunyai satu pasukan pemain yang hebat, bekas pemain sekolah, universiti dan negeri yang mempunyai pengalaman bermain dalam pelbagai kejohanan tempatan. Sesi latihan kami yang teratur telah meningkatkan kemahiran dan kelajuan dalam permainan kami. Kami juga menyediakan peluang kepada semua ahli untuk menyertai perlawanan persahabatan dan juga untuk menjadi peserta dalam kejohanan - kejohanan terbuka mahupun tertutup.
Kuda Hitam Badminton Club (KHBC) menyediakan peluang kepada ahli-ahli untuk bermain badminton sehingga ke peringkat yang lebih tinggi dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sesi latihan kami dijalankan di pelbagai gelanggang (contoh: Frenzy Sports Arena Seksyen 16, Shah Alam dan Supercourts Badminton Centre, USJ) dan terbuka kepada mana-mana cabaran dalam bentuk perlawanan persahabatan mahupun kejohanan. Kami sangat mengalu-alukan anda (jika anda berminat untuk menyertai pasukan kami) dan kami mungkin mengadakan beberapa sesi pemilihan pemain baru.
Sebagai satu pasukan, kami juga percaya bahawa sukan perlu dipupuk di semua lapisan masyarakat. Pasukan kami telah memberi banyak peluang untuk pemain muda yang berpotensi untuk melatih dengan kami. Kami berharap dapat mencungkil lebih ramai pemain berbakat dan memberi inspirasi kepada masyarakat.
Sila hubungi admin kami untuk sebarang pertanyaan:
Hotline: 0165 67 0165